18 Disember 2024 | Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah FAMA Ke Premis Usahawan Di Nilai | Nilai, Negeri Sembilan
Ahli Lembaga Pengarah FAMA telah meluangkan masa untuk melihat dan mendengar sendiri taklimat daripada usahawan-usahawan agromakanan menerusi lawatan kerja ke Nilai. Program ini dimulakan ke premis Syarikat Bellfood Sdn Bhd yang menghasilkan produk popcorn berkualiti, dan D’Era Retort Pouch yang mengetengahkan inovasi dalam pembungkusan retort. Antara Ahli Lembaga Pengarah FAMA yang mengikuti lawatan ini ialah YBrs. Encik Nik Mohd Shaharil Bin Nik Md Hashim, YBrs. Tuan Haji Mohd Unit Bin Haji A Bakar, YBrs. Encik Johari Bin Yazid dan YBrs. Encik Mohd Faizul Bin Mohd Salleh. Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.