Gambar

17 Oktober 2026 | Lawatan Pengerusi FAMA Ke Premis Pembuatan Kuih Bakar Melaka, Mah Warisan Enterprise, Kampung Jeram, Masjid Tanah | Kampung Jeram, Masjid Tanah

YBrs. Tn. Hj. Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA telah mengadakan lawatan ke premis pembuatan Kuih Bakar Melaka, Mah Warisan Enterprise yang terletak di Kampung Jeram, Masjid Tanah. Perusahaan ini diusahakan oleh Puan Mazenah binti Baba dan terkenal dengan penghasilan kuih bakar tradisional yang menjadi antara produk makanan warisan negeri Melaka.

Lawatan ini turut diiringi oleh YBrs. Ts. Hj. Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka serta YBrs. Encik Husmizi bin Husain, Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi).

Sepanjang lawatan, delegasi FAMA telah diberikan taklimat berhubung pengoperasian perusahaan, proses penghasilan produk serta perkembangan perniagaan yang telah diusahakan sejak tahun 2017. Delegasi turut berpeluang meninjau operasi premis dan membincangkan isu serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan kelangsungan perusahaan, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan dan peluang pengembangan pasaran.

Bermula sebagai sebuah perusahaan, Mah Warisan Enterprise kini telah berkembang dengan mempunyai empat premis di sekitar negeri Melaka, dengan tumpuan pasaran di negeri ini. Perkembangan tersebut mencerminkan potensi produk makanan tradisional tempatan untuk terus berkembang sebagai produk yang mempunyai nilai komersial dan daya tarikan tersendiri.

Perusahaan ini juga pernah menerima bantuan daripada pelbagai agensi, termasuk FAMA melalui Geran Agropreneur Muda, sebagai sokongan terhadap pembangunan dan pengembangan perniagaan.

FAMA sentiasa komited dalam memperkasa usahawan agromakanan tempatan melalui sokongan, bimbingan dan inisiatif pembangunan perniagaan bagi meningkatkan daya saing produk tempatan, memperluas akses pasaran ser