Gambar

17 Oktober 2022 | Isnin | 3.30 petang | Kg Paya Besar, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu | Lawatan MAFI Prihatin ke Agrobazaar Rakyat milik En. Mohd Bidin bin Sulong
Lawatan MAFI Prihatin YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA ke Agrobazaar Rakyat milik En. Mohd Bidin bin Sulong. 
Pada 27 Februari 2022 (Ahad) Agrobazaar Rakyat milik En. Mohd Bidin dinaiki air separas 6 kaki dalam premis. Kesan daripada bencana ini telah merosakkan peralatan dan barangan jualan yang dianggarkan kerugian sebanyak RM60,000.00.
Penyaluran peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) bagi usahawan yang terlibat di Negeri Terengganu dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM35,000.00 telah diserahkan kepada En Mohd Bidin bin Sulong.
Ketentuan Illahi En Mohd Bidin Bin Sulong telah mengadap yang Maha Esa pada 29 Jun 2022 dan Operasi kedai diuruskan oleh Isteri serta anak lelaki beliau.
YBhg Dato' menyampaikan sedikit canderahati kepada balu Allahyarham En. Mohd Bidin bin Sulong, Pn. Sharifah binti Ahmad.            
Turut hadir En. Nukman Bin Hashim, Pengarah FAMA Negeri Terengganu dan En. Che Roshimi Bin Othman, Pegawai FAMA Daerah Hulu Terengganu.