Gambar

17 Oktober 2022 | Isnin | 1.30 tengahari | Warung Santai D' River, Kampung Pasir Tinggi, Telemong, Hulu Terengganu | Lawatan YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA ke Warung Santai D' River
Warung Santai D' River memang sinonim dengan kari kepala ikan namun, En Talib turut mengusahakan produk pes kari kepala ikan, kari ayam & daging dan pes ikan bakar yang berpotensi dimajukan. 
Lawatan adalah bertujuan bagi mengenalpasti potensi produk pes yang telah dikeluarkan oleh En. Abdul Talib Bin Muhamad.
Turut hadir En Nukman Bin Hashim, Pengarah FAMA Negeri Terengganu dan Tuan Haji Abdul Muie Bin Ngah, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu yang memberi sokongan logistik bagi Program Kursus Lanjutan CDERT yang akan bermula hari ini.