Gambar

17 November 2021 | Institut Latihan FAMA Port Dickson | Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM3,500.00 kepada Tabung Kebajikan Kakitangan FAMA yang diterima oleh YBrs. Encik Muhamad Razis Bin Samsu, Pengarah Bahagian Pentadbiran.

Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil jualan di Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi yang diusahakan Kelab Sukan FAMA Negeri dari FAMA Negeri Selangor, FAMA Negeri Sembilan, FAMA Negeri Johor dan FAMA Negeri Melaka. 

Penyerahan berlangsung ketika Perasmian Persidangan Dwi Tahunan Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutif FAMA Kali Ke-11 di Institut Latihan FAMA Port Dickson.

Pihak Pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan tersebut.
#famadihatirakyat