Gambar

17 MEI 2025 | LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA | MEDAN NIAGA SATOK
YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke Medan Niaga Satok, Sarawak.
Lawatan ini turut disusuli dengan sesi mesyuarat bersama pihak kontraktor bagi membincangkan perkembangan projek naik taraf Blok E (Benteng) di lokasi berkenaan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir, Pengarah FAMA Negeri Sarawak, YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia, YBrs. Encik Muhammad Razis bin Samsu, Pengarah Kanan Pentadbiran, YBrs. Encik Muhd Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Cawangan Korporat dan Advokasi, Pegawai-pegawai dari FAMA Ibu Pejabat dan FAMA Negeri Sarawak.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan FAMA dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur berjalan lancar dan berimpak tinggi kepada para usahawan serta pengguna.