Gambar

17 Mei 2023 | Rabu | FAMA Tawar Khidmat Pemasaran Atasi Isu Lebihan Pengeluaran Di Peringkat Ladang | Kg. Serampang Indah, Jempol Negeri Sembilan
Perbincangan secara dua hala antara pihak FAMA dan Jabatan Pertanian bersama usahawan cili api bara, En. Muhammad Termizi Bin Setopa telah diadakan berkaitan isu lebihan pengeluaran cili api bara di daerah Jempol
Menurut pengusaha, En. Muhammad Termizi Bin Setopa ketika ditemui berkata, peraih/pemborong sedia ada tidak membeli hasil tuaian seperti biasa kerana berlaku lebihan pengeluaran cili api bara di pasaran daerah Jempol berikutan kemasukan cili api bara dari negeri lain. 
Persaingan harga cili api bara yang lebih rendah dari negeri lain juga menjadi salah satu faktor beliau mempunyai lebihan pengeluaran bekalan cili api bara.
Susulan daripada itu, FAMA mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bagi pengaturan pasaran sama ada untuk memasarkan terus hasil tuaian di outlet sedia ada FAMA atau menjual terus kepada usahawan Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) FAMA. 
FAMA juga turut menawarkan usahawan untuk berdaftar sebagai peserta Ladang Kontrak bagi membolehkan usahawan mendapat kelebihan peserta ladang kontrak di samping merancang pelan pemasaran di masa akan datang.
Pihak FAMA berharap supaya semua usahawan pengeluar berdaftar di bawah program ladang kontrak agar rancangan penanaman dapat diselaraskan bersama pengaturan pasaran pada masa akan datang.
Kepada pemborong/peruncit/pengguna yang memerlukan bekalan cili api bara boleh terus menghubungi pengusaha tanaman.