17 Julai 2027 | Lawatan Kerja Puspanita Fama Ke Zaidah Ibrahim Food SDN. BHD. | Zaidah Ibrahim Food Sdn. Bhd., Puchong, Selangor
Gambar
PUSPANITA FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke Zaidah Ibrahim Food Sdn. Bhd. sebagai platform menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang menyertai Sesi Live Demo Masakan yang dikendalikan oleh Kak Zaidah Ibrahim, di samping mengikuti perkongsian mengenai perjalanan beliau membangunkan jenama dan perniagaan dalam industri makanan.
Peserta turut mengunjungi showroom syarikat bagi melihat pelbagai produk yang dihasilkan serta berpeluang membeli-belah. Lawatan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan program.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi inspirasi dalam memperkasakan ilmu keusahawanan, pembangunan diri dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga PUSPANITA FAMA.