Gambar

17 Julai 2026 | Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Industri Durian | Bilik Gerakan, Wisma Tani, Putrajaya

YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mempengerusikan Sesi Libat Urus YBTM KPKM Bersama Pemegang Taruh Industri Durian Mengenai Cadangan Pre Cut Durian Eksport ke China yang berlangsung di Bilik Gerakan, Aras 7, Menara 4G1, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sesi libat urus ini menghimpunkan wakil kementerian, agensi serta pemain industri durian bagi membincangkan cadangan pelaksanaan kaedah pre cut durian untuk pasaran eksport ke China. Perbincangan turut memberi ruang kepada pemegang taruh untuk mengemukakan pandangan dan maklum balas bagi memastikan pelaksanaan cadangan ini memenuhi aspek pematuhan piawaian, jaminan kualiti, keselamatan makanan serta keperluan pasaran antarabangsa.

Turut hadir mewakili FAMA ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) sebagai tanda komitmen FAMA dalam menyokong usaha kerajaan memperkukuh industri durian negara serta memperluaskan akses pasaran eksport demi meningkatkan daya saing hasil agromakanan Malaysia.