Gambar

17 JULAI 2025 | MAJLIS PERASMIAN OUTLET KOPIESATU NEGERI SEMBILAN | REMBAU, NEGERI SEMBILAN

FAMA terus memperkukuh industri kopi tempatan menerusi perasmian Outlet Kopiesatu terbaharu di Petron Pedas, Rembau. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.

Kopiesatu @ Petron Pedas merupakan outlet ketiga yang dibuka di Negeri Sembilan selepas Kafeteria Kopiesatu ILF Port Dickson dan Outlet di Petron Jalan Rasah. Manakala, terdapat dua lagi lokasi akan dibuka tidak lama lagi di Terminal 1 Seremban dan Dataran Senawang.

FAMA komited memajukan usahawan tempatan dan memperkenalkan kopi jenama Malaysia yang berkualiti kepada pengguna.

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis

YBrs. Puan Nabilah binti Kamarularifin, Petron Malaysia, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Pasaran Produk Proses ,YBrs. Omar Syarafy Bin Mohd Yussof, Pengarah Kanan, Bahagian Kewangan Ibu Pejabat FAMA dan YBrs. Encik Firdous bin Abu Bakar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan.