17 Disember 2024 | Majlis Perasmian Outlet Kopiesatu Hospital Cyberjaya | Hospital Cyberjaya
YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA telah merasmikan Outlet Kopiesatu Hospital Cyberjaya, outlet ke-13 yang berkonsepkan Moden Klasik. Majlis ini berlangsung di Lobi Utama 2, Hospital Cyberjaya dan dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan Dr. Shahabuddin Bin Ibrahim, Pengarah Hospital Cyberjaya. Pembukaan outlet ini memberikan impak positif bukan sahaja kepada komuniti Hospital Cyberjaya, malah menyokong ekonomi tempatan dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta menyediakan pilihan kopi tempatan setanding dengan jenama antarabangsa.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.