17 - 19 Mac 2023 | Sabah International Food Expo 2023 | MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MOA) PENGEKSPORTAN PROGRAM AGROMAKANAN MELAYSIA KE PASARAN HONG KONG/ CHINA
Gambar
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN (MOA) PENGEKSPORTAN PROGRAM AGROMAKANAN MELAYSKA KE PASARAN HONG KONG/ CHINA
FAMA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada syarikat Mama Best Food Manufacturer Sdn Bhd dan Joyees Trading Sdn Bhd di atas kejayaan menandatangani MOA bersama syarikat agen pemasar untuk menembusi pasaran Hong Kong/ China.
Ianya merupakan lanjutan daripada siri program padanan perniagaan yang dianjur FAMA untuk meningkatkan keboleh pasaran produk agromakanan tempatan menembusi pasaran eksport seterusnya meningkatkan pendapatan usahawan terlibat.
Perjanjian pada hari ini bernilai RM28.2 juta (keseluruhan) bagi produk frozen pau dan pelbagai jenis makanan berasaskan lada hitam. Kedua-dua syarikat yang terlibat beroperasi di Sabah dan Sarawak sekali gus membuktikan produk keluaran Borneo juga berkualiti tinggi dan memiliki potensi yang baik diperingkat global.
FAMA secara berterusan akan membantu usahawan PKS agromakanan untuk meneroka pasaran luar negara melalui program seperti pameran perdagangan, business matching, khidmat runding dan lain-lain perkhidmatan. Oleh itu, FAMA mengalu-alukan semua usahawan yang berminat untuk menceburi bidang pengeksportan untuk menyertai program-program anjuran FAMA dan datang ke pejabat-pejabat FAMA untuk mendapatkan khidmat nasihat.