Gambar

16 September 2021 | Pasar Tani Kekal Pekan Simpang Empat, Perlis Walkabout YB. Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Ke Program My Rakyat @ Pasar Tani Kekal Pekan Simpang Empat, Perlis Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021. Objektif Program My Rakyat ini adalah sebagai akses kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan disamping luang pasaran kepada usahawan untuk memasarkan hasil pertanian. Program My Rakyat berkonsepkan jualan produk segar, Jualan Terus Dari Ladang (JTDL), Jualan Barangan Runcit dan Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Dalam pada itu, program My Rakyat juga dilaksanakan secara virtual melalui portal AGROBAZAAR ONLINE melibatkan produk segar seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran. Di samping itu, turut berlangsung penyampaian sumbangan kepada usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dari Koperasi Usahawan Pasar Tani Negeri Perlis Berhad yang disampaikan oleh YB. Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.