16 Oktober 2026 | Sesi Pertemuan Dan Perbincangan Kerjasama Strategik FAMA & Kotler Impact Asia | Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang
Gambar
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak bagi meneroka peluang baharu dalam pembangunan pemasaran dan keusahawanan agromakanan negara.
Satu sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama pihak Kotler Impact Asia yang diketuai oleh Datuk Dr. Faridah Hanim Haron, President, Kotler Impact Asia Founder & President, ANNEMS bersama pasukan beliau telah diadakan di FAMA. Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.
Kunjungan ini antara lain bertujuan menjemput pihak FAMA untuk turut serta dalam World Marketing Summit Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 6 November 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang pemasaran dan pembangunan keusahawanan, khususnya bagi menyokong usaha memperkasa sektor pemasaran agromakanan negara.