16 Oktober 2026 | Sesi Kunjungan Hormat Ketua Sekretariat PRBBP Kepada Ketua Pengarah FAMA | Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang
Gambar
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Mohammad Fauzi bin Md. Isa, Ketua Sekretariat Pejabat Penyelaras Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan (PRBBP).
Sesi kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi), serta pengarah kanan dan pegawai FAMA.
Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kerja serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan organisasi dan tadbir urus badan berkanun Persekutuan, selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.
FAMA komited untuk terus memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dan meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.