Gambar

16 Mac 2026 | Majlis Ramah Mesra & Iftar Mantan Pengurusan Tertinggi FAMA 2026 | Hotel Mercure, Selayang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Iftar Mantan Pengurusan Tertinggi FAMA 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta sumbangan mantan kepimpinan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan organisasi.

Majlis ini turut menjadi platform mempereratkan kembali hubungan silaturahim antara pengurusan semasa dan mantan pengurusan tertinggi FAMA dalam suasana penuh keberkatan sempena bulan Ramadan.

Penganjuran program ini mencerminkan penghargaan berterusan FAMA terhadap legasi kepimpinan terdahulu yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju serta perkembangan organisasi hingga ke hari ini.

Semoga pertemuan ini terus memperkukuh ukhuwah serta menghargai sumbangan dan pengalaman yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan FAMA.