16 Mac 2025 | Ahad | Tinjauan Pasaran Di Costco UK Dan Promosi “MALAYSIA’S BEST” Di London | London
Sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran antarabangsa, satu tinjauan pasaran telah dijalankan di Costco UK bagi menilai potensi dan permintaan produk pertanian Malaysia di pasaran Eropah. Tinjauan ini diketuai oleh En.Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) dengan sokongan kerjasama strategik daripada MND Sdn Bhd. Tinjauan ini bertujuan untuk memahami lebih mendalam mengenai keperluan dan kehendak pengguna di UK, serta mengenalpasti peluang bagi memperkenalkan produk pertanian Malaysia yang premium. Di samping itu, MND turut promosi "Malaysia’s Best" di London, yang mempamerkan pelbagai produk pertanian terbaik dari Malaysia dalam Pameran International Fod & Drink Event 2025, London. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kualiti produk Malaysia di peringkat antarabangsa, seterusnya memperluaskan akses kepada pasaran global. Melalui kerjasama dengan FAMA , MND Sdn Bhd dan Costco UK dijangka akan menyaksikan peningkatan permintaan yang tinggi bagi produk segar Malaysia. Sehingga sekarang durian pulf telah memasuki pasaran Costco UK manakala buah naga, nangka dan markisa dalam proses untuk kemasukan di outlet Cosco UK. Menurut En.Faisal Iswardi Bin Ismail, "Tinjauan pasaran ini merupakan langkah strategik yang penting dalam usaha FAMA memperkenalkan produk pertanian Malaysia kepada pasaran global, terutamanya di Eropah. Promosi 'Malaysia’s Best' di London adalah satu platform utama bagi memperkenalkan produk berkualiti tinggi dari Malaysia, dan FAMA menjangkakan sambutan yang positif di kalangan pengguna tempatan serta peluang besar untuk pengusaha pertanian Malaysia." Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran bagi produk-produk segar Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara. Melalui inisiatif ini, FAMA berhasrat untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan dan membuka peluang baru untuk pengusaha pertanian tempatan yang semakin berkembang.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.