Gambar

16 Mac 2025 | Ahad | Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah FAMA Ke Wanna Gemilang Bakery, Terengganu | Kuala Terengganu
Sebagai sebahagian daripada Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan, YBrs. Tuan Haji Mohd Unit Bin Haji A. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, telah mengadakan lawatan kerja ke Premis Wanna Gemilang Bakery, yang dimiliki oleh Puan Zarina Binti Abdullah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan industri bakeri tempatan serta melihat bagaimana usahawan seperti Puan Zarina dapat diperkasa dalam aspek pemasaran dan penjenamaan produk mereka melalui sokongan FAMA.
Turut hadir dalam lawatan ini YBrs. Cik Zuriana Binti Mat Adam, Pengarah Kanan (Padanan Bekalan), YBrs. Encik Muhamad Fadlee Bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Encik Ahmad Rafiee Bin Musa, Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA Negeri Terengganu, Encik Abdul Latif Bin Nasaruddin, Pegawai FAMA Daerah Dungun.
FAMA terus komited dalam membantu usahawan perusahaan makanan berkembang dengan lebih mampan serta memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat lebih tinggi.