16 Mac 2025 | Ahad | Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah FAMA Ke Ladang Kontrak Cili Terengganu | Kuala Terengganu
Sebagai sebahagian daripada Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan, YBrs. Tuan Haji Mohd Unit Bin Haji A. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Kontrak Cili seluas 3 hektar yang diusahakan oleh tiga usahawan tempatan di Terengganu. Tiga usahawan yang terlibat dalam projek ini ialah: 1.Encik Izwan Bin Mohamad 2.Encik Amirul Syazwan Bin Mohd Adib 3.Encik Badrul Nizam Bin Amir Rosli Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan serta keberkesanan sistem ladang kontrak dalam memastikan hasil cili dapat dipasarkan secara berstruktur dan berdaya saing. Turut hadir dalam lawatan ini YBrs. Cik Zuriana Binti Mat Adam, Pengarah Kanan (Padanan Bekalan), YBrs. Encik Muhamad Fadlee Bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Encik Ahmad Rafiee Bin Musa, Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA Negeri Terengganu, Encik Abdul Latif Bin Nasaruddin, Pegawai FAMA Daerah Dungun FAMA terus komited dalam memperkasa usahawan tani serta memastikan hasil pertanian tempatan mendapat pasaran yang stabil dan berdaya maju.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.