Gambar

16 Julai 2026 | KPKM & FAMA Edar Cenderahati Buah-Buahan Tempatan Kepada Ahli Parlimen | Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan sesi pengedaran cenderahati buah-buahan tempatan kepada Ahli-ahli Parlimen di Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan antara inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam memperkukuh usaha mempromosi serta menggalakkan pengambilan buah-buahan tempatan sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat.

Inisiatif ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyokong hasil keluaran tempatan serta mengurangkan kebergantungan terhadap buah-buahan import.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.