Gambar

16 Januari 2026 | Kunjungan Hormat FAMA Ke Atas Majlis Perbandaran Selayang | Menara MPS
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi FAMA telah diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan disambut oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.
Kunjungan ini bertujuan mempererat hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama yang lebih menyeluruh dalam menyokong pelaksanaan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
FAMA merakamkan penghargaan atas kesudian pihak MPS menerima kunjungan ini serta komitmen yang ditunjukkan ke arah kerjasama berterusan demi kepentingan bersama dan pembangunan komuniti setempat.