16 Januari 2025 | Khamis | Majlis Amanat Tahun Baharu KPKM 2025 | Wisma Tani, KPKM Putrajaya
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu hadir dan merasmikan majlis dengan tema "Memacu Reformasi, Mengukuh, Keterjaminan Negara". Beliau telah menyampaikan amanat beliau dengan fokus utama KPKM pada tahun ini adalah mereformasi industri padi dan beras negara. Reformasi ini tidak hanya bertujuan untuk memastikan kemandirian bekalan padi dan beras tempatan, tetapi juga untuk membawa industri ini ke tahap yang lebih tinggi dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam. Turut hadir di majlis ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Pengerusi FAMA, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.