16 Disember 2025 | Sesi amanat Ketua Pengarah FAMA serta sesi penerangan & pelaksanaan RMK-13 bersama Timbalan Ketua Pengarah FAMA sempena konvensyen FAMA 2026
Gambar
Sesi Amanat Ketua Pengarah FAMA Serta Sesi Penerangan & Pelaksanaan RMK-13 Bersama Timbalan Ketua Pengarah FAMA Sempena Konvensyen FAMA 2026 telah berlangsung dengan penglibatan seluruh warga FAMA sebagai wadah penyampaian hala tuju, keutamaan strategik serta pengukuhan peranan organisasi dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.
Amanat ini menekankan peranan penting FAMA sebagai agensi yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memastikan kestabilan pasaran dan keterjaminan makanan negara, selaras dengan pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) melalui pelaksanaan inisiatif seperti Pasar Tani, Jualan Agro MADANI serta intervensi bekalan ketika berlakunya gangguan pasaran.
Dalam menghadapi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), penekanan diberikan terhadap keperluan FAMA untuk bergerak secara lebih pantas, tepat dan berasaskan data agar terus berfungsi sebagai pengimbang pasaran yang diyakini oleh rakyat.
Sesi ini turut menegaskan bahawa peranan peringkat negeri dan daerah merupakan nadi utama kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan FAMA. Sehubungan itu, profesionalisme, ketepatan data serta konsistensi pelaksanaan perlu dijadikan budaya kerja yang mantap di seluruh organisasi.
Secara keseluruhan, amanat ini menjadi pemangkin kepada komitmen berterusan FAMA untuk kekal bersatu, fokus dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab demi menjamin keterjaminan makanan negara.