Gambar

15 September 2026 (Selasa) | Kunjung Hormat Plus Malaysia Berhad Kepada Ketua Pengarah FAMA | Ibu Pejabat FAMA

YBrs. En. Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA telah menerima kunjung hormat delegasi PLUS Malaysia Berhad yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi Puniran, Ketua Pegawai Komersial PLUS Malaysia Berhad.

Turut hadir, YBrs. En. Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.

Kunjung hormat ini membuka ruang perbincangan antara FAMA dan PLUS Malaysia Berhad mengenai potensi kerjasama strategik yang boleh diterokai bersama, khususnya dalam pembangunan RTC Gopeng, Perak sebagai hab strategik pemasaran produk pertanian dan agromakanan.

Perbincangan turut menyentuh potensi pembangunan kemudahan mobiliti hijau di RTC Perak oleh Terra ChargeV Sdn. Bhd., anak syarikat PLUS Malaysia Berhad, selaras dengan usaha memperkasa kemudahan serta pembangunan RTC Perak.

Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara FAMA dan PLUS Malaysia Berhad, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama yang mampu memberi nilai tambah serta manfaat kepada kedua-dua pihak.