Gambar

15 Oktober 2026 | Kunjunagn Hormat Aqib MM Sdn Bhd Kepada Pengerusi FAMA | Ibu Pejabat FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada Aqib MM Sdn. Bhd. kepada YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak, bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama yang dapat memberikan manfaat bersama.

Turut hadir sama YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) dan YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi), bersama barisan pengurusan dan pegawai FAMA.

Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kepada kerjasama yang berterusan dalam menyokong pembangunan sektor agromakanan negara.