Gambar

15 Disember 2025 | Majlis Perasmian Konvensyen FAMA 2026

Hari kedua Konvensyen FAMA 2026 diteruskan dengan Majlis Perasmian Konvensyen, yang dimulakan dengan ketibaan tetamu-tetamu kehormat, diikuti nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Panji FAMA, sebagai simbol semangat patriotisme serta komitmen FAMA dalam memacu sektor agromakanan negara.

Majlis seterusnya diserikan dengan Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Bacaan Doa, sebelum tayangan Montaj Intro RMK-13 yang memberi gambaran hala tuju serta aspirasi pembangunan sektor agromakanan negara.

Majlis perasmian diteruskan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, diikuti Ucapan Perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkifli, Pengerusi FAMA.

Majlis kemudiannya disempurnakan dengan Gimik Pelancaran Buku RMK-13, sebelum diteruskan dengan Lawatan Pameran dan Jamuan Makan, menandakan pembukaan rasmi Konvensyen FAMA 2026.

Konvensyen ini mengangkat tema “Pengukuhan Pemasaran Menjamin Kedaulatan Makanan” sebagai komitmen berterusan FAMA dalam memperkasa rantaian pemasaran agromakanan negara secara mampan dan inklusif.