15 April 2025 | Semarak Kasih Aidilfitri FAMA 2025 | Ibu Pejabat FAMA
Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA Bersama Usahawan Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 15 April 2025 bertempat di pekarangan FAMA Point, Bandar Baru Selayang. Kehadiran YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA serta, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA telah memeriahkan suasana sambutan yang cukup bermakna ini. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi FAMA yang menekankan pentingnya semangat kebersamaan dan penghargaan kepada seluruh warga kerja serta usahawan FAMA yang sentiasa komited dalam mengangkat sektor agromakanan negara. YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA serta, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai simbol kasih sayang dan keprihatinan warga FAMA terhadap masyarakat sekeliling. Majlis ini juga bagi menghargai kakitangan dan usahawan bimbingan FAMA dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidifitri Tahun 2025. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan jalinan kerjasama dalam kalangan seluruh warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.