15 April 2023 (Sabtu) | Pasar Tani Kelana Jaya | PELANCARAN JUALAN KHAS SYAWAL MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 13 juta di sepanjang program jualan Syawal Madani pada tahun ini. 113 outlet pemasaran ini bertujuan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengunjung. Majlis dilancarkan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA dan Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor. Terdahulu YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyampaikan sumbangan kepada 40 orang asnaf dan mengagihkan aneka kerepek kepada para pengunjung.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.