Gambar

14 September 2023 | Khamis | Majlis Perasmian IP Care | Menara MyIPO, PJ Sentral
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Program IP Care, yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai harta intelek kepada para usahawan di bawah FAMA termasuk melindungi  dan mengukuhkan penempatan produk di pasaran. Program ini telah dihadiri oleh 80 orang usahawan dan telah berlangsung di Menara MyIPO, PJ Sentral. 
Mengambil tema “We Aim for Your Ideas Protection”, Program IP Care ini merupakan satu inisiatif untuk membantu usahawan mendapatkan perlindungan harta intelek sebelum mereka memasarkan produk atau perkhidmatan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolaborasi antara MyIPO dan FAMA dalam program IP Care ini adalah langkah ke arah memperkasakan usahawan dalam melindungi harta intelek dan mempertingkatkan kualiti produk serta pemasaran.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Tuan Kamal Kormin & Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail.