Gambar

14 Oktober 2026 | Majlis Perasmian Sudut Bacaan Kopiesatu @ Agrosfera | Wisma Tani, KPKM

 

Majlis Perasmian Sudut Bacaan Kopiesatu @ Agrosfera telah berlangsung pada 14 Oktober 2026 bertempat di Lobi Wisma Tani, Blok 4G1, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.

Sudut Bacaan Kopiesatu @ Agrosfera merupakan inisiatif yang menggabungkan konsep santai Kopiesatu dengan ruang pembacaan bagi menggalakkan budaya membaca, memperluas pengetahuan serta menyediakan ruang untuk warga kementerian mendapatkan maklumat dan berkongsi ilmu.

Inisiatif ini turut memperluas peranan Kopiesatu sebagai platform yang bukan sahaja menyediakan ruang santai, malah menyokong pembudayaan ilmu dan interaksi dalam kalangan warga kerja.