Gambar

14 Oktober 2021 | Dewan Rekreasi Persatuan Ibu Tunggal, Jalan Seluan, Kuala Lumpur | - PENYERAHAN SUMBANGAN MAFI PRIHATIN PERSATUAN IBU TUNGGAL BANDAR TUN RAZAK - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada 100 orang penerima Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Penyerahan bantuan MAFI Prihatin disampaikan oleh YBhg Datin Sabariah Binti Othman, Pengerusi Puspanita FAMA kepada Puan Zaini Binti Zakaria, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Bandar Tun Razak. Turut hadir ke program ini adalah YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Pengarah Kanan Galakan Pasaran FAMA.
Sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ini merupakan kesinambungan program MAFI Prihatin yang merupakan inisiatif serampang dua mata di mana dapat membantu petani memasarkan lebihan hasilan pertanian mereka bersempena “Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Tempatan” dan dalam masa yang sama dapat membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.