Gambar

14 Jun 2022 l Selasa l Kuala Langat | Sekitar Kursus Pendigitalan Usahawan @ Agrobazaar Online bertempat di Kolej Komuniti Kuala Langat. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Fairosnisa Binti Md Desa, Timbalan Pengarah (Pembangunan) FAMA Negeri Selangor. Seramai 20 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini yang dianjurkan oleh Unit Pemasaran Digital dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan FAMA Negeri Selangor serta FAMA Daerah Kuala Langat.