Gambar

14 April 2025 | Lawatan Kerja Rasmi Ahli Lembaga Pengarah Fama Dan Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) Ke FAMA Negeri Sabah Kota Kinabalu
Satu sesi lawatan kerja rasmi telah diadakan melibatkan kehadiran beberapa Ahli Lembaga Pengarah FAMA iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Unit bin Haji A Bakar, YBrs. Dr. Mohamad Sofee bin Razak dan YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mohd Salleh.
Delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA bersama YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi serta memperkukuh pelaksanaan inisiatif Sekuriti Makanan di peringkat negeri.