Gambar

13 Oktober 2025 | Program Kecergasan Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Ibu Pejabat FAMA | Perkarangan Parkir & Lobi Tingkat 1, FAMA Ibu Pejabat
Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2025, Cawangan Pembangunan Modal Insan (PMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) telah menganjurkan Program Kecergasan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja FAMA.
Program dimulakan dengan senamrobik menceriakan suasana pagi, diikuti ucapan Ketua Pengarah FAMA serta gimik pelancaran Hari Sukan Negara 2025. Acara diteruskan dengan aktiviti menyeronokkan “Let’s Try: Indoor Games” yang mendapat sambutan meriah daripada warga kerja.
Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA,  serta YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja FAMA yang turut menjayakan program ini!