Gambar

13 Oktober 2021 | Bilik Gerakan, FAMA Point | KUNJUNGAN HORMAT DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN KECIL MALAYSIA KE ATAS LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN -
YBhg. Dato' Hj Mohamad Mustahapa Bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan antara Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia dan FAMA dalam sektor agromakanan negara.
Turut hadir, pengurusan dari FAMA dan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia di Bilik Gerakan, FAMA Point.