Gambar

13 November 2025 | Program Latihan Profesional Halal Eksekutif dan Halal Auditor: Hasil Kerjasama Antara FAMA dan UPM Education & Training (UPMET) | Dewan Bunga Raya, FAMA Point
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), melalui Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM), dengan kerjasama UPM Education & Training (UPMET), telah menganjurkan Program Pensijilan Profesional Eksekutif Halal dan Auditor Halal. Program ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkasa tenaga kerja mahir dan bertauliah dalam bidang halal.
Program latihan ini dirangka secara menyeluruh, merangkumi latihan Halal Eksekutif, latihan Halal Auditor, lawatan industri halal, serta majlis mini konvokesyen. Melalui gabungan teori, praktikal dan pendedahan industri sebenar, peserta dilatih untuk menguasai aspek pematuhan halal dan meningkatkan kecekapan audit dalaman.
FAMA kekal komited untuk melahirkan tenaga profesional halal yang berwibawa, bukan sahaja bagi memperkukuh reputasi Malaysia di peringkat global, tetapi juga memastikan industri halal tempatan terus berdaya saing.
Turut hadir pada program ini pegawai atasan FAMA dan wakil UPMET, antaranya YBrs. Tn Hj Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. En. Faisal Iswardi Bin Ismail,Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA, YBrs. En. Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, Pn. Hartima Abu Talib, Senior Manager, UPMET, Pn. Nurhayati Baharudin, Ketua Unit, UPMET, Pn. Syariena Arshad, Pegawai Penyelidik, HPRI, UPMET, Prof. Madya Ts. Dr. Rodziah, Tenaga Pengajar, UPMET.