Gambar

13 November 2021 | Sabtu | 10.30 pagi | Perkarangan Kereta Sewa dan Bas Tok Janggut, Pasir Puteh | Program MAFI Prihatin di Parlimen Pasir Puteh - Pada hari ini, sebanyak 70 kit makanan telah disumbangkan bagi bantuan MAFI Prihatin ini kepada 70 pemandu kereta sewa di Parlimen Pasir Putih. Program MAFI Prihatin merupakan inisiatif serampang dua mata di mana dapat membantu petani memasarkan lebihan hasilan pertanian mereka dan dalam masa sama dapat membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19.
Penyerahan sumbangan MAFI Prihatin ini disampaikan oleh YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh,Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan turut hadir bersama YB Haji Tuan Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan.