Gambar

13 Julai 2025 | Sinergi FAMA, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pasukan Gerakan AM (PGA) & Polis Marin Di Sempadan Negara | Tumpat, Kelantan
Tumpat, Kelantan  – Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri bersama Pengurusan Kanan FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan sempadan Malaysia–Thailand di Pengkalan Kubor, Tumpat.
Lawatan ini bertujuan meninjau tahap kawalan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan dalam usaha memperkukuh jaminan keselamatan produk agromakanan negara.
Lawatan ini juga menjadi platform memperkukuh sinergi strategik antara FAMA dengan agensi keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin dan Jabatan Kastam dalam memastikan kelancaran rantaian agromakanan negara.
Ketibaan Pengurusan Kanan FAMA disambut oleh YDH ASP Akil Abdul Rauf, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor dan YDH ACP Ijid Landu B. Binju, Timbalan Komander Briged Tenggara (PGA).
Pengurusan Kanan FAMA telah dibawa meninjau kawasan sempadan melalui laluan sungai dan darat menggunakan Bot Operasi Ronda Pasukan Polis Marin serta kenderaan darat bagi memahami situasi semasa di lokasi berkenaan.
FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin dan Pasukan Kastam Diraja Malaysia atas komitmen padu serta kerjasama erat dalam memperkukuh keselamatan dan kestabilan sektor agromakanan negara.