Gambar

13 Julai 2025 | Sesi Libat Urus FAMA Bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Pasukan Gerakan AM (PGA) Briged Tenggara, Pasukan Polis Marin (PPM) Negeri Kelantan dan Agensi-Agensi Negeri Tahun 2025 | Kota Bharu, Kelantan
Satu sesi libat urus strategik telah diadakan antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan agensi-agensi keselamatan negara, bertempat di Bilik Mesyuarat  FAMA Negeri Kelantan. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani isu keselamatan dan penyeludupan di kawasan sempadan, khususnya yang melibatkan agromakanan negara.
Sesi ini turut menekankan kepentingan kolaborasi bersepadu antara FAMA dan agensi penguatkuasaan dalam memperkemas kawal selia pelesenan dan pemantauan pasaran, di samping mempertingkat sokongan kepada operasi penguatkuasaan di lapangan.
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri
Ketua Pengarah FAMA.
Sesi ini juga turut disertai oleh wakil pengurusan kanan FAMA:
 • YBrs. Encik Faisal Iswardi – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Makanan), FAMA
 • YBrs. Puan Wan Faizatul Aniza binti Ismayatim – Pengarah FAMA Negeri Kelantan
 • YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar – Pengarah Kanan, Bahagian Regulasi Pasaran
 • Encik Azizi Azimi bin Mat Nayan – Pengarah, Bahagian Regulasi Pasaran
 • Encik Muhammad Azreen bin Abdul Jalil – Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Regulasi Pasaran
Turut hadir mewakili agensi keselamatan dan pihak berkuasa negeri:
 • YBhg. Dato’ Mohd A Aruwan bin Ab Aziz – Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan
 • YDH ACP Ijid Landu B. Binju – Timbalan Komander, Briged Tenggara (PGA)
 • YBrs. Tuan Wan Jamal Abdul Salam bin Wan Long – Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan
 • YDH ACP Zulkifli bin Mat Deris – Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia
 • YBrs. Puan Juliana binti Baderi – Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT)
 • YBrs. Tuan Aladi bin Riping @ Arifin – Timbalan Pengarah, Kastam Negeri Kelantan (Penguatkuasaan & Pematuhan)
 • DSP Mohd Sukiman bin Mohd Arshad – Pegawai Turus dan Risikan, Pasukan Gerakan Am (PGA)
 • ASP Akil bin Abd Rauf – Pegawai Memerintah Markas Operasi, Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubor
 • YBrs. Encik Farhan Athir bin Ismail – Penolong Pengarah Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
 • YBrs. Encik Mohd Ariwadi bin Mohd Salleh – Ketua Pintu Masuk Pengkalan Kubor, MAQIS Negeri Kelantan
FAMA menyambut baik segala input dan cadangan yang dikemukakan, serta menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan semua agensi keselamatan demi mengekang penyeludupan dan menjamin keselamatan rantaian agromakanan negara.
Sesi ini diharap menjadi landasan kepada pelaksanaan tindakan bersama yang lebih tersusun dan efisien, seiring dengan aspirasi keselamatan makanan dan kedaulatan negara.