Gambar

13 Julai 2025 l Aktiviti Mengacau Bubur Asyura dan Program Penyerahan Geran Pembaikan Imej (Pembungkusan & Label)| Pejabat FAMA Negeri Terengganu
Sempena menyambut tahun baru bulan Islam,  FAMA Negeri Terengganu telah mengadakan aktiviti mengacau bubur asyura dan Program Penyerahan Geran Pembaikan Imej (Pembungkusan & Label) kepada 8 orang usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT). Turut diadakan penyampaian sijil kepada 2 orang pelajar latihan industri yang akan mengakhiri latihan di FAMA Negeri Terengganu pada 18 Julai 2025 
Program ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Hadir sama, YBrs. En.Muhamad Fadlee bin Hassan, pengarah FAMA Negeri Terengganu.