Gambar

13 Julai 2022 | Rabu | 8.00 Pagi |Pusat Operasi FAMA Senawang, Negeri Sembilan - Sambutan Ibadah Korban FAMA Negeri Sembilan telah diadakan pada hari ini dengan kerjasama Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan (KSFNS) bertujuan melaksanakan Ibadah korban yang disyariatkan sebagai tanda syukur terhadap Allah SWT disamping memupuk amalan kerjasama serta mengeratkan silaturahim sesama kakitangan FAMA Negeri Sembilan.
Seramai 70 orang kakitangan FAMA yang merupakan Ahli Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan, terlibat dalam gotong-royong melapah, memotong dan memasak dua ekor lembu dan dua ekor kambing korban  untuk edaran korban kepada 32 orang asnaf PPR Taman Jasmine seterusnya bersama-sama dalam majlis bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Al-Fadhil Imam Rejeb Bin A. Syed Ahmad, Imam Masjid Taman Rasa Sayang,Senawang.
YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA bersama YBrs. Puan Asmizal Binti Jaafar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan turut bersama-sama dalam program ibadah korban yang di anjurkan pada hari ini.