Gambar

13 Februari 2025 | Khamis | Majlis Amanat Ketua Pengarah FAMA Bersama Kakitangan FAMA Sabah & WP Labuan |Pejabat FAMA Negeri Sabah, Kota Kinabalu
YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, telah menyampaikan amanat penting kepada kakitangan FAMA Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu sesi yang penuh inspirasi.
Beliau menekankan matlamat strategik FAMA bagi tahun 2025, dengan harapan agar seluruh kakitangan terus komited, bekerjasama dan berusaha memberikan perkhidmatan pemasaran pertanian yang terbaik di Sabah.
Selain sesi amanat, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri turut melawat Pusat Operasi FAMA Kota Kinabalu, Pusat Pemunggahan Berteknologi Tinggi dan Kompleks Pemasaran Negeri Sabah
Turut hadir dalam majlis ini YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah FAMA Negeri Sabah & WP Labuan, serta Encik Sahanin bin Lobudai, Penolong Pengarah Pemasaran Segar & Intervensi / Pusat Operasi Kota Kinabalu.
Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan FAMA dalam memperkasakan pemasaran hasil pertanian di Sabah dan WP Labuan.