Gambar

12 Oktober 2026 | Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola FAMA Bil.3 Tahun 2026 | Tempat: Bilik Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA.

Pihak Pengurusan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola FAMA Bil. 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi memperkukuh amalan tatakelola yang baik melalui perbincangan isu-isu berkaitan tatakelola serta perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan tahap integriti di peringkat Ibu Pejabat dan negeri.

Mesyuarat turut membentangkan pencapaian pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) oleh FAMA yang telah melalui fasa penilaian dan semakan lapangan bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 7 September 2026, dengan pencapaian tahap UNGGUL.

FAMA komited untuk terus mengamalkan integriti, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan setiap tugas dilaksanakan mengikut peraturan demi mengekalkan kepercayaan semua pihak dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.