Gambar

12 Oktober 2022 | Rabu | 8:30Malam | Majlis Sambutan Dekad Platinum APMM
Majlis Sambutan Dekad Platinum APMM Yang Dirasmikan Oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abd Latif bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas- Tugas Khas) | Bangi Avenue Convention Centre (BACC). 
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA.
CDERT FAMA telah dilaksanakan secara bersiri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bagi siri pertama telah bermula pada 29 November 2021 dengan seramai 44 orang kakitangan FAMA telah menjalani latihan asas pertahanan awam selama 56 jam di Institut Latihan FAMA, Port Dickson.
FAMA sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada APM bagi sebarang misi bencana dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan FAMA serta mengalu-alukan panggilan dari APM sekiranya terdapat kakitangan FAMA yang layak untuk menyertai misi bencana bagi memanfaatkan ilmu dan latihan yang telah diperolehi.