Gambar

12 Januari 2023 | Khamis | 5:00 Petang | Padang Awam Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.

Program Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat 2023

Program Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat telah disempurnakan oleh YB Tn.Hj Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Antara pengisian program adalah Penyerahan Bantuan Kit Makanan kepada kumpulan asnaf yang terdiri daripada para nelayan kawasan Kuala Kedah serta peserta Pasar Tani Kubang Rotan. Sebanyak 50 kit bantuan Makanan telah diserahkan oleh YB Menteri kepada penerima dan Karnival Jualan Perpaduan Rakyat juga telah diadakan dengan penyertaan usahawan pelbagai Jabatan dan Agensi MAFS.

Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah YBhg Dato' Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), Ketua-ketua Jabatan/Agensi MAFS dan Pengarah FAMA Negeri Kedah.