Gambar

11 Ogos 2026 | Program Kecergasan Dan Pemeriksaan Kesihatan Bil.2/2026 “Sihat Bersama : Minda Sihat, Jasmani Terpelihara” | Bangunan FAMA Point, Bandar Baru Selayang

Program Kecergasan dan Pemeriksaan Kesihatan Bil. 02/2026 “Sejahtera Bersama: Minda Sihat, Jasmani Terpelihara” telah berlangsung dengan penglibatan warga kerja FAMA Ibu Pejabat.

Program ini merupakan salah satu inisiatif FAMA dalam memperkukuh budaya kerja yang sihat serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri.

Antara pengisian program termasuk X-Break, Taklimat Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan yang memberi ruang kepada warga kerja meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Program turut diserikan dengan persediaan T-Shirt Fit Biru sebagai simbol kebersamaan dan sokongan warga kerja terhadap inisiatif kesejahteraan FAMA.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA serta YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA.

Berlangsung dalam suasana Bulan Kebangsaan, program ini turut menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotik dan kebersamaan warga FAMA dalam menghayati nilai cintakan negara, perpaduan serta semangat Malaysia MADANI.

Inisiatif seumpama ini mencerminkan komitmen FAMA dalam menyantuni warga kerja, membina persekitaran kerja yang positif dan kondusif serta memperkukuh kesejahteraan warga kerja sebagai pemangkin kepada organisasi yang lebih produktif dan berdaya saing.