Gambar

11 Ogos 2023 | Jumaat | Sesi Kunjungan Hormat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ke Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) | Bilik Mawar, Aras 8, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Putrajaya
Kunjung hormat ini diadakan bagi tujuan membincangkan Kerjasama Strategik Pelaksanaan Program Surveillances and Intervention on Supply and Demand of Agrofood (SISDA) dan Banci Pertanian 2024. Antara skop kerjasama adalah pembangunan keupayaan melalui penempatan pegawai di DOSM bagi peningkatan kemahiran data analitik, mengenalpasti keperluan infrastruktur big data, pembangunan model unjuran serta pembangunan dashboard.
Delegasi FAMA ke DOSM yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.