Gambar

11 November 2024 | Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor 2024 | Summit Hotel, Subang Jaya
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor telah menganugerahkan watikah pelantikan Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam kepada YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA manakala watikah pelantikan Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam kepada YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA sempena Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Selangor pada hari ini.