Gambar

11 NOVEMBER 2021 | “LABU” STREET FOOD @ PROGRAM MYRAKYAT DI PASAR TANI PADANG HILIRAN, KUALA TERENGGANU - Program "Labu" Street Food @ My Rakyat anjuran FAMA Negeri Terengganu berlangsung bagi mempromosikan labu manis dalam juadah & makanan berasaskan Labu. Paling istimewa, Jualan 'Happy Hour' labu manis iaitu pada harga 8 biji / RM 5.00 sahaja!

Antara jualan yang turut memeriahkan Jualan My Rakyat adalah : -
- Jualan JTDL Melon Manis Terengganu
- Jualan Usahawan Agroprenuer Muda
- Jualan Produk Agromas
- Gerai Promosi Makanan berasaskan Labu Manis

Program ini disempurnakan oleh YBrs En. Zulkepli Amin Bin Mat Jusoh @ Yusof, Timbalan Pengarah Pertanian selaku Pengerusi MAFI Inc Negeri Terengganu bersama YBrs. En Che Ghani Bin Che Wan, Pengarah FAMA Negeri Terengganu. Turut hadir En. Khairudin bin Muhamad, Penyelia Imits Terengganu.
- Fama Negeri Terengganu