Gambar

10 November 2026 (Selasa) | Lawatan Kerja Pengerusi FAMA Ke Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat, Perlis | Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat, Perlis
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat, Perlis bagi meninjau operasi, kemudahan serta pelaksanaan aktiviti pemasaran FAMA di lokasi berkenaan.
Lawatan ini turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan Jualan Kombo Agro MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas dan produk agromakanan pada harga berpatutan sebagai salah satu inisiatif membantu meringankan perbelanjaan pengguna.
Selain meninjau aktiviti jualan dan kemudahan yang disediakan, lawatan ini turut menjadi platform untuk berinteraksi dan beramah mesra dengan usahawan serta warga kerja FAMA, di samping mendapatkan maklum balas berkaitan operasi dan keperluan semasa di lapangan.
Turut mengiringi lawatan ialah Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis, bersama warga kerja FAMA Negeri Perlis.
Lawatan ini mencerminkan komitmen kepimpinan FAMA untuk terus mendekati lapangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memastikan inisiatif pemasaran yang dilaksanakan memberi manfaat kepada usahawan dan masyarakat.